Baru-baru ini
(31/8/2017) Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-60. Mashaallah
long live Malaysia in peace and harmony. Ameen. Dan baru-baru ini juga seluruh
umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Samaada
sesetengah kita menyedarinya atau tidak, kedua-dua hari yang bersejarah ini
mempunyai persamaan yang sangat dekat sekalipun mereka adalah entiti yang
berbeza. Salah satu persamaannya ialah, ini kali pertama saya menyambutnya di
Malaysia selepas 6 tahun. Hehehe. Tiba-tiba rasa kena buat two separate post. Hiks.
Tanpa perlu
menjelaskan definisi pun, ramai memahami maksud kemerdekaan dan hari raya
korban. Tapi, memahami maksud sahaja tidak cukup. Yang lebih penting daripada
itu adalah memaknai pengertian kedua-duanya. Sekalipun merdeka dan aidil adha
adalah perayaan yang berbeza, keduanya adalah natijah (result) daripada kerja
keras air mata dan darah ramai orang sebelum kita. Kemerdekaan negara dikecapi
kerana adanya pengorbanan daripada para pahlawan, pemimpin negara, ulama serta
ramai lagi orang terdahulu. Sementara Aidil Adha sendiri adalah bukti
pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya saat diperintah oleh Allah untuk
menyembelih anaknya Ismail melalui mimpi (mimpi para nabi adalah wahyu Allah.
Mimpi kita syiton je lebih yee).
Apakah yang
mendorong pengorbanan?
Tidak ada yang
lebih besar mampu mendorong kepada seseorang untuk memberikan harta atau
tenaganya bahkan nyawanya melainkan cinta.
Cintalah yang
meneguhkan hati dan jiwa.
Cintalah yang
menolak jasad bekerja keras.
Cintalah yang
selalu membuat orang menghulur tanpa syarat.
Cintalah yang
membakarkan semangat.
Maka cintalah
yang membuatkan pengorbanan itu seolah mudah.
Sekalipun itu
amatlah sukar.
Pengorbanan
adalah hal terbesar yang dilakukan cinta. Seseorang belum benar cinta sehingga
dia sanggup berkorban untuk perkara yang dicintainya.
Nabi Ismail
membuktikan cinta kepada tuhan dengan mempertaruhkan nyawa anaknya walaupun itu
sulit bagi seorang ayah sehingga Allah menggantikannya dengan hari besar umat
Islam. Aidil Adha.
Jika orang
sebelum ini adalah manusia yang mementingkan diri, penuh kebencian dan
bermalas-malas, pasti keamanan Malaysia seperti hari ini tidak akan terjadi.
Cinta kepada tanah air lah yang melahirkan pengorbanan yang tidak sikit
hebatnya.
Semoga
pengorbanan-pengorbanan mereka tidak disia-siakan generasi hari ini. Semoga
kita sama-sama hidup harmoni dalam kepelbagaian etnik, bangsa dan agama. Saling
menghormati, bertoleransi dan saling berbudi. Kerana itulah sekecil-kecil yang
boleh kita lakukan.
Sedangkan kehidupan kita sendiri memerlukan kepada cinta dan pengorbanan seorang ibu.
Sebenarnya banyak lagi persamaan pada dua tarikh ini, tapi takpe, I leave the rest for you to figure. Hehehe
Salam Kemerdekaan
dan Salam Aidil Adha (walaupun dah lambat ekeke)
#SayNoToRacism
#NegarakuSehatiSejiwa
No comments:
Post a Comment