Monday, September 3, 2012

The brother is here! - Bila taqwa

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan sejahteralah ke atas baginda, keluaga dan sahabat..

Tajuk agak poyo di situ. mesti tertanya-tanya kan kenapa taqwa? tak tanya, tak apa nak kisah jugak.. 
saja nak cerita sikit pasal kisah perkenalan mereka (selamba tak minta kebenaran) di sebuah Pusat Motivasi At-Taqwa di Ipoh. kak nyah waktu tu saja nak mengisi kekosongan kerja sebab waktu tu beliau pun tak ada buat apa-apa lepas habis degree. nyah kau fakhrul pula memang dah kerja kat situ. jadi dikenan2kan lah mereka berdua oleh seorang pak cik yang dipanggil pak ayub. Tak berapa lama terdengar lah cerita kak nyah nak kahwin. waktu dengar khabar tu saya memang terkejut badak sumbu la. tak sangka pula beliau akan menamatkan zaman bujang beliau begitu cepat. begitulah kisah pertemuan mereka. Bila dah jodoh tu, macam-macam jalan la Allah bagi kan?

Dan, sebenarnya nak update pasal kenduri menyambut menantu di Ipoh. Despite all cousins went back to college, rombongan masih meriah. mahu kau tak meriah bila pengantin dengan crown tertinggal, mekap artis tak ada. Kecoh senegara. ok tipu. makanya, terpaksalah pakai simple je tapi tetap anggun macam pengantinlah. mekap artis yang ramai juga menyebabkan kerja yang boleh selesai dalam 10 min menjadi cepat  hampir 30min. pegghhh.. surau, tandas dengan tol jelapang tu kami lah yang conquer..haha

Sampai di rumah pengantin lelaki dalam jam 12.30 macam tu. disebabkan ramai sangat yang memandang, tiba-tiba saya pula yang neves. pehal?? ngalah pengantin dah ha padahal photographer jepun  je pun. tu kat rumah pengantin laki, kat rumah pengantin perepmpuan ritu lagi lah neves macam i plak yang nak menikah. oppss.. 

Lepas menyantap segala jenis makanan sampai di meja pengantin di harung habis, kami pun nak bergerak pulang meninggalkan kak nyah yang muka memang nampak bila-bila masa nak mengalirkan air mata. tapi, mungkin air mata jadi keras sebab banyak sangat minum ais, jadi dia kejar van kami dengan mulut yang cebek-cebek dah..haa..oh sebelum lupa, sampai beliau tinggal beg pakaian dalam van. tuan tak boleh balik bagi baju balik. yolah, pastu pinjam baju mak mentua. haha.

apa-apa pun, gambar masih tak dapat dikongsi lagi. dalam masa terdekat ini in sha Allah. 
kecuali gambar di ipoh sebab adik yang bongsu dengan bijaksananya telah mendelete semua gambar yang ada. pressure sangat bila tengok 'no picture in this folder'. waktu tu fikir nak campak kamera ke nak campak adik gue tuh?! i waras lagi ok..tak apa, semua terakan dalam minda *pujukhati*

nota kaki:yaya kahwin hari yang sama. best la classmate i yang pergi..

p/s:jangan sembarangan delete gambar.


No comments:

Post a Comment