Thursday, July 26, 2012

pinjam tudung labuh awak :)

Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam yang tak terhingga buat Nur al-A'lamin..
selamat beribadah dengan ikhlas..

Alhamdulillah, hari ni ada juga sesuatu yang nak saya coretkan di sini. moga-moga tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

"Cikgu, pinjam tudung anak cikgu," emak bersuara memecahkan kesunyian dinihari usai kami menyelesaikan sahur. beberapa minit sebelum Imsak. Saya terkaku sebentar. Tahu ada kisah yang ingin dikongsikan.
"Kenapa mak?" saya menyoal sambil menghirup teh vanilla yang dibawa pulang dari Mesir.
"Anak murid mak kena denda hari tu sebab tudung pendek," saya tersenyum. Teringat zaman sekolah saya. pernah juga didenda kerana bertudung pendek, walhal saya rasakan tudung itu yang paling labuh pernah saya ada. Jadi, kalau budak sekolah agama pun bertudung pendek, tidak hairanlah untuk mereka yang datangnya dari harian biasa. saya menunggu emak menyambung lagi.
"Masalahnya cikgu yang menegur tu pun tudung pendek," saya tersenyum. itu adalah sangkaan saya sejak awal lagi.
"Kak yang tahu, mesti tudung dia pendek dekat bahu," sambil saya menggayakan tangan di atas bahu sekadar menjelaskan lagi.
"Bukan apa, deme buat sanggul tinggi. tu yang sampai nampak tengkuk kat belakang,"satu lagi masalah 'anak moden'. Segera saya teringat hadis Rasulullah tentang perihal ini yang berbunyi “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212. 
"Mak cakap apa dekat deme," saya memang tahu mak merupakan seorang cikgu yang boleh dikatakan mesra pelajar. Mak tak perlu beritahu pun sebab saya beberapa kali menemani emak ke sekolah dan saya menyaksikannya sendiri.
"Cikgu nak bagi tudung anak cikgu dah berkulat dah la semuanya," emak kemudiannya ketawa. saya juga ikut ketawa. Entah ke mana perginya tudung sekolah saya yang lama-lama. Sudah bertukar warna agaknya. Emak menyambung lagi
"Budak-budak tu cakap dekat mak, kalau nak suruh kami pakai tudung labuh, tukarlah nama sekolah nie jadi sekolah menengah kebangsaan agama, barulah kami pakai tudung labuh,"emak seperti mengikut satu persatu intonasi pelajar beliau. saya menghabiskan teh dan mula mengumpulkan pinggan-pinggan kotor. 
"Tapi mak tengok tudung budak-budak tu lagi elok dari cikgu. at least tudung budak-budak tu tutupla dada, yang cikgunya tutup sekerat je,"emak bernada marah. Saya menjadi pendengar setia. Azan Subuh berkumandang memanggil kami untuk segera menghadapnya. Saya memulakan kerja mencuci pinggan mangkuk. Dalam kepala masih terfikir-fikir, apa yang diharapkan oleh seorang guru yang bertudung separuh kepadanya muridnya yang berlengan separuh. Teringat juga kata-kata ini 'kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari'. saya tersenyum sendiri. kesal di dalam hati.

dan ini lah dia.

Mentaliti sesetengah remaja yang begitu yakin menutup aurat itu hanya kerja pelajar sekolah agama, kewajipannya hanya terjatuh pada mereka yang bergelar ustazah sahaja. padahal hukum Allah itu terundang pada seluruh alam semesta, tidak kira ratu dunia atau hamba sahaya. Mengapa perlu dari sekolah agama? bukankah menjaga kedaulatan Islam itu tanggungjawab kita bersama-sama? mengapa perlu kita menyempitkan akal fikiran sehingga terbit jurang antara golongan agama dengan yang bukan? 
Begitu juga para pendidik watak-watak ini. Saya tidak bermaksud untuk menghentam kerana saya sedar saya ini juga insan yang masih baru belajar. Tersangat baru. Saya cuma ingin mengajak agar golongan ini berfikir sejenak sahaja, tidak lama untuk sama kita fikirkan adakah dengan menggunakan 'title' guru itu kita dapat dengan sewenang-wenangnya mengarahkan pelajar kita untuk melakukan sekehendak kita? Tidak, bahkan itu adalah satu pendidikan yang gagal. Pelajar memerlukan ruang belajar yang lebih luas dari segi pemerhatian kerana mereka adalah golongan yang boleh berfiikir. Jadi, tingkah laku dan akhlak sosial yang baik adalah jalan yang paling selamat. Bukankah ramai golongan yang kufur itu tertarik kepada Rasulullah dengan akhlaknya yang mulia? Maka, sebelum kita berhasrat untuk membina orang lain, bina dahulu dari kita. Semoga dengan dakwah bil hal ini akan lebih berjaya mendidik jiwa para pemuda dan pemudi. Pendidik merupakan golongan penting setelah ibu bapa dalam mendidik anak-anak murid untuk menjadi pemuda soleh dan pemudi solehah tidak kira di peringkat rendah, menengah atau universiti. Nasihat seorang guru boleh merubah tindak tanduk seorang pelajar jika ianya benar-benar berniat untuk membawa kebaikan dan menghalang kerosakan. Saya bukan seorang guru tapi saya pernah berhasrat untuk menjadi seorang guru. Saya tidak berjanji jika saya seorang guru maka saya dapat mengubah semua hal yang jahat kepada yang baik menjadikan yang kotor kepada putih bersih atau menukarkan seorang yang nakal menconteng nama di kereta guru kepada seorang penulis buku terkemuka dunia. Hakikatnya saya hanyalah seorang pelajar dan kerana itu saya berharap institusi pendidikan tidak hanya ingin melihat 100% straight A di papan kenyataan tetapi juga sebuah institusi yang melahirkan generasi nearly 100% melaksanakan perintah Allah. Semoga apa yang kita buat di nilai Allah di sisiNya dan menjadi saham untuk bersama di syurgaNya.

Satu lagi nasihat saya, jangan hanya mencari ruang kerja yang menjaga masa depan sendiri, tapi juga untuk kepentingan agama dan masyarakat sekeliling kita. kalau tidak, jadilah ustaz ustazah berzina, doktor membunuh, arkitek pemusnah atau saja perdana menteri merasuah. Sebab apa? sebab tak tahu apa tujuan dan matlamat utama hidup. Semoga kita sama-sama bekerja kerana Allah nasihat-menasihati kerana Allah. Chow!

nota kaki:well, everything is fine if we follow His rules.
nota kaki lagi:rasa nak buat tudung labuh bawa balik mesir..teeheee..

p/s:labuhkan tudung anda. sila rujuk surah an-Nur

No comments:

Post a Comment