Saturday, April 28, 2012

Pakaianmu, bersihkanlah!

Assalamualaikum,,
selawat dan salam untuk Rasulullah dan seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Selamat membersihkan diri juga..ahak,,nampak beno semangat bersihnya. Haruslah, untuk menegakkan kebenaran yang sekian lama seperti dipermainkan!

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat juga saya bersembang petang dengan adik saya yang memang kalau tak berjenaka tak sah. Disebabkan ramai orang dilanda demam kuning, adik saya yang sudah 12tahun itu juga semangat nak bersih 3.0 juga. 
Sembang punya sembang barulah saya ingat saya sudah 21 dan memang sangatlah layak untuk menjadi pengundi tapi masalahnya saya ni bukan pendaftar. saya dengan perasaan sedih mengadu la pada adik saya. lalu adik saya pun dengan selamba jawab 'alah, senang je, kamu daftar lepas tu buat undi pos'. dalam hati, 'akih  nie mesti nak mengena aku lagi nie'. Dan lihatlah apa jawapan budak kecek ini..



last sekali tu membuatkan saya nak terbang sekarang..


Saya juga sempat berbual dengan teman lama semasa di sekolah rendah. Masyaallah, Allah hampir membuatkan saya tidak mengenalinya. Satu persatu kawan-kawan telah diberi peluang yang sangat baik oleh Allah untuk mengenaliNya. setiap kata-katanya pada saya tidak ada yang membuang masa. bahkan saya sendiri seperti tidak mampu begitu. Di Malaysia ok! serius, saya tidak sekuat itu untuk melakukan perubahan yang baik seperti itu. sedangkan di sini walaupun dipujuk memakai tudung labuh, masih lagi jawapan 'asalkan tutup aurat biarlah dulu' inikan pula di Malaysia. tiba-tiba teringat pernah cakap dekat kak teh nak pakai tudung labuh bila dah kahwin. erk??

Betul, kalau nak berubah, dekat mana-mana pun boleh, tapi saya kira ibu bapa saya juga mengerti saya adalah seorang yang bukan sahaja memerlukan kekuatan dalaman, tapi juga persekitaran. kerana itu, terima kasih juga kepada mereka kerana membenarkan saya di sini. Allah..bi'ah di sini telah mengajar saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih mulia pada pandanganNya, tapi diri saya lambat-lambat menyambutnya walaupun hati sangat ingin (semua orang ingin kebaikan, kan?) insyaallah suatu hari nanti saya akan istiqomah dengan jalan yang kalian lalui kawan-kawan.

Semoga lebih ramai anak muda dan tua(sebab sekarang orang tua pun dah macam orang muda) yang akan menjumpai jalan yang seharusnya dilalui oleh insan yang bergelar hamba. siapalah kita tanpanya??? Dia tetap berkuasa dan Maha Hebat tanpa kita, lalu bagaimana kita boleh menyombongkan diri?

Saya penuh harapan agar jika tidak sekarang, masa akan datang adik-adik saya dapat menyoroti perjuangan Hassan alBanna, mencontohi keberanian Sheikh Ahmad Yassin dan ramai pejuang-pejuang islam yang lain. indahnya jika dapat sama-sama berjuang bersama keluarga dan sahabat.

Ingat tak nabi S.A.W cakap, baginda suka dengan anak muda yang berjiwa tua berbanding dengan orang tua yang berjiwa muda. jadi, mari jadi pemuda pemudi yang berfikir dengan dewasa dan tua!!! semoga Rasulullah kasih.

nota kaki:orang lain nak belajar bahasa arab, orang yang dekat arab, sibuk cakap omputih.
nota kaki lagi:undi adalah rahsia.
nota kaki lagi lagi:baju bersih satu!

p/s:bukan suruh akan pedang, cukuplah sekadar menyuarakan kebenaran dan menghentikan kezaliman.



No comments:

Post a Comment