"ustaz fareez izhar," nada Kak Salmi masih serupa. tapi tidak hatiku yang menerima kejutan kedua. Oleh Kak Salmi. Tepat. Mengapa setiap rasa hatiku harus tepat. Mengapa sewaktu aku tidak ingin ia terjadi, kenyataan mengatakan sebaliknya. Untuk kesian kalinya, kata hatiku tepat dan aku membenci hatiku sendiri. Bagaikan hendak terkeluar jantung dari letaknya, luluh hatiku, gelap seketika dunia apabila terbayang wajah pemuda tersebut. tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Sungguh, aku tidak percaya apa yang diberitakan. Aku bahkan tidak ingin mempercayainya. Aku yang pada mulanya lapar kerana perjalanan jauh dari Mansoura, terus kehilangan selera. Semua organ seperti turut bersama tuannya merasa kesayuan. Aku duduk lama di hadapan Kak Salmi. Masing-masing terdiam sepi.
"Kak Salmi, kenapa kami tak boleh percaya?" waktu tu, air mataku hampir saja ingin mengalir tetapi kutahan- sehinggalah saatku saksikan jenazahnya dibawa oleh teman-teman rapatnya, disolatkan dan dibawa ke van untuk ke pengebumian; pecah juga empangan air mataku yang kutahan-tahan sehinggalah tiada lagi air mata dan Allah tidak lagi mengizinkan aku menangis. Barangkali kerana sebegitu banyaknya air mata yang telah kuhabiskan atas pemergiannya. Kering.
Setelah semua menceritakan kebaikan arwah itu dan ini, begitu dan begini, semua bangkit meninggalkan bilik. Aku masih melayan perasaanku dalam kesangsian menerima berita yang tidak sedikit pedihnya. "Waktu umar tak dapat terima kewafatan Rasulullah, Abu Bakar kata pada Umar 'kalau kamu Islam kerana Rasululullah, dia akan pergi, kalau kamu Islam kerana Allah, Dia hidup selama-lamanya,"Kak Haya mengingatkanku. Aku cuba menenangkan diri. kembali mencari hati.ya, orang yang menghadap Illahi itu harus diiring dengan doa tulus suci, bukan menghamparkan remuk hati. segeraku sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. semoga Allah berkenan memberikan rahmat kasih sayangNya kepada beliau, dan semoga bertemu bidadari syurga yang dijanjikan untuk pejuang agamaNya. juga terima kasih kepada kak Haya yang mengingatkanku bahawa manusia akan pergi akhirnya, dan terima kasih kepada kak Salmi yang menenangkanku setiap ketika. Kepada ustaz, tenanglah dalam semadi, terima kasih kerana singgah di bumi menjadi insan yang aku kenali. al-fatihah dan doa setulusnya untuk ustaz fareez izhar.
sesiapa yang mati dalam menuntut ilmu, maka dia dikira syahid..
nota kaki:mati tidak mengenal usia, jangan menangguhkan taubat.
nota kaki lagi:qiamullail, pagi jumaat, zulhijjah..subhanallah.
p/s:ingat allah di hati dan di lidah
No comments:
Post a Comment