Thursday, July 7, 2011

Hadis hari nie,,

Assalamualaikum,,

Ok, hari nie aku nak bawa satu hadis junjungan besar S.A.W. semoga kita dapat mengambil pelajaran dan pedoman daripadanya. bunyinya begini:

Rasulullah s.a.w bertanya: mahukah kalian mendengar aku terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan dan meninggikan martabat? Para sahabat baginda menjawab: mahu Ya Rasulullah. Baginda bersabda: yang menaikkan martabat ialah anda bersifat sabar terhadap orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh , anda memaafkan orang yang menzalimi anda, memberi kepada orang yang tidak sudi memberi apa-apa kepada anda, menyambung silaturrahim dengan orang yang tidak sudi mempunyai hubungan dengan anda.

Riwayat at-Tabrani.

Setelah kome membaca hadis nie, apa pendapat kome tentang diri kome?

Aku dapat hadis nie daripada buku kembara hamba mencari cahaya tulisan Hilal Asyraf. Terpana dan terkejut dan tak terkata aku membaca hadis nie. Bukan nak kata aku nie mulia dan tinggi darjat atau apa. Tidak. Tapi, nak kata betapa aku bahkan lebih hina dari apa yang aku sangkakan selama ini.

Kita tak perlu mengambil contoh jauh-jauh. Rasanya ramai orang bila diperlakukan macam orang bodoh, akan bertindak jauh lebih bodoh (macam aku). Kita lebih suka bergaduh dan bertikam lidah daripada berdiam diri dan menerima pahala dengan tenang.

Ramai orang lebih suka memaksa orang meminta maaf daripada sedia memaafkan walaupun belum tentu orang itu akan dimaafkan walaupun setelah dia meminta maaf. Sedangkan Rasulullah sendiri sangat pemaaf dan Allah itu Maha Pengampun, kita masih merasakan kita adalah raja dan berkuasa.

Berapa ramai, yang seronok dan gembira bersedekah kepada orang yang kedekut kepada mereka. Hadis ini mengingatkan aku yang selalu bergaduh dengan adik-adik aku..

“Nak sikit,”

“Blah, dulu kamu tak nak bagi dekat aku. Pergi beli sendiri,”

Rasanya tidak sedikit yang berperangai seperti aku. Mungkin juga, hanya aku sahaja manusia seperti itu dalam dunia ni. Apa-apa pun, aku cuma nak ingatkan aku, saudara-saudaraku untuk mengajar diri agar ikhlas memberi. Harta dunia ini terlalu kecil nilainya dengan nikmat Allah yang sangat tidak terhingga kepada kita.

Juga rasa aku ramai yang berprinsip dan berpegang ‘kau nak kawan dengan aku kawan, tak nak sudah’ atau ‘ siapa nak kawan dengan aku aku kawan la dengan dia’. Jarang yang membunyikan ‘kita cubalah kawan dengan dia, mana tahu lama-lama dia nak kawan dengan kita’. Kadang-kadang aku runsing memikirkan diri aku. Hadis manalah yang aku ikut sepenuhnya. Ayat al-Quran manalh yang aku jadikan pegangan. Sikit. Terlalu dan teramat sikit.

Kita sering cakap al-quran dan hadis itu pegangan. Tetapi, berapa banyak orang yang benar-benar menjadikannya pegangan, teman di sepanjang perjalanan. Entah kenapa, saat membaca hadis itu, rasa nak mengalir air mata memikirkan kesombongan diri dan keegoan hati. Terlalu tunduk pada nafsu, dan mengabaikan ajaran tuhan.

Allah, semoga Engkau mengampunkan dosa-dosaku dan orang-orang yang membaca tulisan ini. Semoga engkau menunjukkan kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau redai Ya Allah.

Mari kawan-kawan kita memandu hati ke arah kebaikan. Mari kita memperbaiki diri ke arah kesejahteraan dan menambahkan kemuliaan di sisi Allah. Mari berjalan menuju ke syurga dan ditinggikan darjat olehNya.

Nota kaki: kurangnya ilmu di dada.

Nota kaki lagi: ingin menghiasi summer ini dengan muhasabah.


p/s:cermin diri hiasi peribadi, jagan cermin diri bedakkan diri jerk..ok?!

No comments:

Post a Comment