Thursday, April 21, 2011

untuk yang bernama kawan

Assalamualaikum..

khas buat kawan aku yang sedang kehilangan..
juga nasihat kepada kita yang menulis dan membaca..

nasihat aku TABAHlah..kerana kehilangan itu suatu fitrah dan perjuangan itu terlalu panjang untuk dihentikan oleh kehilangan. aku tidak merasai. meskipun aku pernah,,terlalu lama untuk aku bandingkan. tetapi, janganlah kekecewaan membuat kau rasa kecundang lantas tuhan dipersalahkan. Allah sudah menamatkan urusan dunianya,,dan kaulah yang menjadi penyambung.ingat, ada yang lebih dahsyat ujiannya.

kepada kau, SABARlah..aku terlalu kerdil untuk mengeluarkan kata-kata tu. tapi, janganlah kerana kehilangan yang wajib setiap manusia merasainya,kau juga ingin turut serta meski belum sampai masanya. walaupun niat itu tidak dicatat dosanya,,iblis sudah nampak ruangnya.jadi,janganlah biarkan pintu itu lebih lebar..syaitan mungkin dekat dikala kita kecundang. tapi,percayalah janji Allah itu pasti. sekali lagi,,aku terlalu kecil untuk menasihati kau seperti ini,tetapi aku adalah kawan yang tidak sanggup membiarkan. jadilah ujian ini penambah iman penguat taqwa.

KUAT
lah!kerana kekuatan itu menambah iman. Allah tidak salah. takdir juga tidak salah. kita hanyalah HAMBA. tidak layak untuk mempersoalkan pahala. kerana kita adalah orang yang bukan sikit dosanya,dan terlalu kurang pahalanya. kalau kau kuat, Allah ada untuk membantu. tapi, jika Allah yang kita salahkan, lantas dimanakah kita ingin meminjam kekuatan?

Sekali lagi, aku terlalu rendah untuk berkata-kata kepada kau yang tinggi duduknya. Allah memilih kau kerana kau terpilih. aku juga kelak akan dipilih. semua orang akan dipilih. pilihan Allah adalah yang terbaik. jalannya adalah yang terindah walaupun sulit di celah2. walaupun sakit di tengah2.
Allah memberikan kesempatan, kitalah yang salah mengguna masa.kitalah yang leka mewarnai dunia. kitalah yang lalai mencari bahagia.

percayalah, aku terlalu kecil, kerdil dan rendah untuk berbicara ini kepada kau. tapi, kerana kita adalah kawan, dan kau adalah saudara seagamaku,,aku tak mahu tiang iman yang dibina runtuh di tengah jalan. tak mahu dinding taqwa yang terbina roboh di persimpangan.
kembalilah bersama taqwa, datanglah dengan iman.
semoga kau temui bahagia dalam derita.

firman Allah:sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati

firman Allah:Allah tidak menguji hambaNya diluar kemampuannya.

firman Allah:ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

firman Allah:apakah aku akan membiarkan mereka mengatakan 'aku sudah beriman' tanpa mendatangkan ujian

dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..


nota kaki:al-fatihah untuk ayah kawan aku yang sudah kembali menghadap Illahi.
nota kaki lagi:sedarlah semua, kematian menghampiri kita semua.


p/s:mari bertaubat semua..

1 comment:

  1. coretan yang menyentuh.
    terima kasih untuk tulisan yang menyedarkan.
    semoga Allah meredhai. amin

    ReplyDelete