Sunday, November 14, 2010

A never ending journey..

assalamualaikum,,
alhamdulillah semalam aku dan sahabat2 batch ke-3 telah melawat beberapa tempat menarik di mesir..apa lagi kalau bukan piramid(yang nie tak tertarik pon)..seronok melawat kubu salehuddin al ayubi.sekali pandang kubu yang sangat besar dan tinggitu, hati rasa sayu.sayu mengenangkan semangat juang beliau dalam memerangi tentera salib demi mengangkat aga islam yang suci lagi mulia.tapi kini, nama islam telah dirosakkan oleh orang islam sendiri.sedih3..
kemudian pergi makam beliau dan masjid sultan hassan dan masjid rafa'i.dua2 masjid nie sangatlah tinggi dan besar.menunjukkan betapa besarnya orang2 di zaman dahulu2 kala2(jangan tiru ayat ini!).serius tak tipu,nak letak gambar tapi gambarnya ada pada kawan.dekat msajid rafa'i tu tempat berkumpulnya empat mazhab.means that ada bilik khas untuk mempelajari kitab2 masing2.sedih sedikit sebab tak banyak gambar aku dekat masjid2 dan makam2.tak baik berlagho di tempat2 mulia ya!lagipun, penyakit aku datang balik dekat makam imam syafie..lagi la di larang bersuka ria..
itu cerita dekat masjid dan makam.lain pula dekat piramid.memang sangat buas dan nakal sekali memanjat2 batu2 yang licin walaupun dah dipesan untuk tidak melakukan sedemikian rupa oleh encik2 mushrif dan puan2 mushrifah..disebabkan aku tidak ada kamera sendiri(sampai mimpi kamera di rumah), merengek2 la aku suruh kawan2 aku tangkap gambar aku..walaupun bunyinya agak gedik tapi tidak, sebab kalau aku tak mintak, deme tetap nak juga tangkap gambar aku(tak nak bagi deme merengek nanti lagi gedik bunyinya)!so, terima kasih kepada handset zatil, kamera aini dan syakirah kerana merakamkan aku..*peace*
gambar2 tidak boleh diletakkan di sini kerana adanya aksi2 budak baik!
malam selepas maghrib, bertolak ke abu al ila (sebutan abu ela) untuk membeli winter coat.keadaan di situ jauh lebih bahaya daripada hussein ya kawan2,jadi fikir banyak kali dulu kalau nak pergi tu.ingatlah orang yang tersayang. jenuh dan letih berjalan dari mula sampai akhir.dekat kedai yang terakhir baru la jumpa dengan winter coat yang sesuai dengan aku (walaupun sebenarnya beli untuk kaklong)..weeewee~~
jadi, lesaplah 150LE aku malam tu demi winter coat tu..tapi berbaloilah kan sampai ustaz fuad dan kak atikah boleh puji winter coat aku tu sangat cantik..yeah2 walaupun kak milah cakap agak boyish sikit(sikit jer tau)
bertolak pulang pada jam 9.45 malam waktu mesia 3pagi..dalam bas, aku terlena dengan sangat lena(jangan tiru ayat nie jugak!)
sampai2 rumah terus tidur macam tak nak bangun dah. tapi, kegatalan disebabkan habuk2 dan debu2 menyebabkan aku tak senang duduk dan sebagai peringatan aku tidak bersolat isya lagi.lantas bangun dan sabun satu badan dan solat isya'.lepas tu tidur semula dengan aman!hikmahnya, apa2 pun, solat dulu..
tamatlah sudah kisah jaulah untuk 12hb november2010

maaf kerana tak dapat nak berkongsi gambar2 makam dan masjid.

nota kaki:kawan2 aku cakap aku tak sesuai bahasakan diri 'ana' coz ayat kerek gile..
nota kaki lagi:berapa kali pelancong asing tangkap gambar aku.mintak2 selamat!
nota kaki lagi lagi:sesat lagi dengan alia juga dekat muzium tentera.
nota kaki lagi lagi lagi:mat arab tu tak berhenti2 lagi kacau aku.TENSION!
nota kaki lagi lagi lagi lagi:bersalah dengan aini sebab tak dapat ganti tempat beliau ke alex*innocent*
nota kaki lagi lagi lagi lagi lagi:kak long ajak pergi mansoura lagi. macam mana?
nota kaki lagi lagi lagi lagi lagi lagi: tak dapat berbuka dengan eman kawn arab saya.

p/s:zatil, aku g rumah perak bukan sebab skandal ok?!

berjalanlah kamu di atas muka bumi dan ambillah pelajaran dan iktibar..moga2 kita menjadi orang2 yang bertakwa

2 comments: