Friday, January 27, 2012

first winter trip!

Assalamualaikum readers!!!!!

first sekali tak tau perasaan apa sekarang nie..
penat,,yer agak penat sebab baru sahaja balik dari hadiqah dauliah. penat jadi pemegang kamera (dan ambil gambar sekali la tentunya). penat menjerit terlolong menyokong kumpulan sendiri dan ada masanya sebab syok sendiri..teehee!

sedih,,perasaan sedih nie sepatutnya dah lama hilang tapi tak hilang-hilang. mungkin sebab saya kecewa sangat2. ya, saya teramat sangat terlalu terlampau kecewa. seseorang yang berminat menulis (walaupun taklah berbakat pun) seperti saya, tentunya sedih jika tidak berpeluang menghadiri kursus penulisan ketika anda berpeluang. ok, memang la macam kursus je. penulisan jer. tapi kau, Abu Hassan Morad (AHM) kot yang bagi. meraung la!
Memang saya berhajat untuk ke kursus tu pada mulanya. tapi bila cek balik tarikh dan planner semua dah penuh dengan aktiviti-aktiviti lain maka saya pun menolak dahulu ke tepi kursus penulisan yang bertahun-tahun saya impikan ini. dan, sebab saya tak sangka penceramahnya AHM. so, saya dengan kurang rela pergilah ke mansoura untuk menjahit dan mencari baju. sampai saja dekat mansoura kawan-kawan sembang "AHM kan yang bagi". memang tersangat sentap dan macam nak tahan bas ke cairo semula. cuba memujuk hati, rezeki yang ini pasti akan muncul lagi. insyaallah.

gembira,,kerana kerana kerana saya dan kawan-kawan tidak pernah merancang untuk ke raasu barr, tapi, Allah telah menentukan dan memilih kami pada tarikh 25Januari untuk menjejakkan kaki ke sana. Akhirnya, dapat juga saya menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang dicatatkanNya dalam al-Quran. raasu barr merupakan tempat pertemuan sungai dan laut. airnya mungkin tak secantik di pantai cleopatra. but, when you experience Allah's nature and see how great His creature and power yang memang jarang-jarang sekali dapat, memang Subhanallah, nak sangat dekat-dekat denganNya. and you realize that, you are apart of nature. yes, human and nature are closely related. we study much on them and we draw something from them. jadi, pergilah berjalan-jalan ok?! jangan menyombong dengan alam dan jangan mengotori alamlah! raasu barr memujuk saya dari rajuk dengan AHM. eh, tetiba!

sayu dan pilu,,macam tak sesuai jer saya nak describe perasaan saya sebagai pilu dan sayu sebab duit melayang untuk winter coat yang baru. tapi apa-apa je lah. yang penting, winter coat ini tidak lah menampakkan saya macam lawyer walaupun ada yang cakap serupa ahli sihir. tapi, better la ahli sihir. eh cop, lawyer is so so so much better than witch kan?!


sebelah sini sungai sebelah sana laut..




tak perlu sebenarnya tunjuk gambar hipoccrates nieh,,tapi...



tiada komen pada gambar,,picture tells many story



happy to sleep dapat gula kapas..haha

kepada kawan-kawan yang menyambut winter, nikmatinya dengan perkara yang memberi faedah kepada diri dan hati. jangan sekadar cari seronok yang melalaikan. tapi, isi masa dengan hal-hal yang merapatkan kita kepadaNya dan dengan sesama hamba. mana tahu ada berkatnya. mungkin bertambah pahala kita dan melimpah redhanya..

firman Allah:
He has let loosed the two seas (the salt water and the sweet) meeting together. Between them is a barrier which none of them can transgress.
Ar-Rahman:19-20


nota kaki:bersiap ke sinai pula,, tak sabar mendaki! hoyeehh

p/s:berjalan jalan juga, nikmati kebesaranNya.

Saturday, December 31, 2011

gawazat lagi..

Assalamualaikum,,

penutup tirai suka suki suku 2011..
ok, visa dah selesai. rasa nak menangis dah tunggu visa punya lama.
orang lain dapat sehari jerk, saya je dapat dua minggu (kira ok la ada orang tunggu sampai sebulan)
sangat bersyukur dan terharulah sampai keluar nak leleh. santan betul!
hoyeh,,lepas nie boleh naik sinai dengan tenang dan aman. tak jadi nak pergi turkey..biar duit bertimbun dulu, baru boleh jelajah satu dunia. (tiba2 rasa nak pergi umrah).

ok, exam bulan satu nie, makanya silalah ambil perhatian yang saya tak akan merapu untuk sementara waktu. juga, sila doakan saya maju berjaya cemerlang gemilang terbilang dalam imtihan.
kepada sesiapa yang ambil peperiksaan, selamat berjaya. fighting for the sake of ummah!
berpatah semangat adalah dilarang apa lagi untuk berputus asa.
selamat berjuang para pejuang sekalian...



Thursday, December 29, 2011

nikah gantung pun boleh..

Assalamualaikum...

saya baru sahaja membaca status seorang rakan di facebook yang bertanyakan perihal nikah gantung. sejujurnya, saya bukanlah yang arif untuk berbicara tentang nikah, soal hukum dan sebagainya. secara kebetulan sebelum ini, saya terbaca tentang nikah gantung ini. dan saya juga selaku seorang rakan, sangat bersyukur atas niat murni kawan saya tersebut untuk mengeluarkan dirinya daripada ke'maksiatan'. ya, apabila suatu dosa sudah jelas dan terang pada pengetahuan kita, maka dosanya akan lebih berganda. dan usaha untuk melepaskan diri daripadanya walaupun kelihatannya remeh, tetapi menjadi saham kebaikan dan dikira di sisi Allah. firman Allah dalam kitabnya, mafhum : Aku tidak akan mempersia-siakan amalan orang yang beramal di antara kamu baik laki-laki mahupun perempuan.

saya juga bahkan sangat teruja kadang-kadang apabila melihatkan semakin ramai anak-anak gadis dan pemuda-pemuda seusia mendirikan rumah tangga. subhanallah, bukankah ini suatu perkembangan yang baik untuk orang yang mengaku mencintai nabi dan berusaha melaksanakan sunnahnya ini? sungguh bukan mudah seorang lelaki mengemudi bahtera perkahwinan dan tidak mudah juga untuk seorang gadis menjadi suri pada seorang lelaki yang harus dijaga serba-serbi. tetapi, kesanggupan menyegerakan pernikahan untuk mengelakkan dosa dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak enak didengar harus dibanggakan dan dijadikan contoh kepada pasangan-pasangan yang masih lagi dalam keadaan tidak halal.

saya juga sangat mengagumi anak-anak muda yang berjiwa besar (untuk bernikah memerlukan jiwa besar,itu perlu diingat) untuk berkahwin ketika masih lagi menuntut sewaktu pemuda-pemudi yang lainnya memikirkan soal keseronokan membujang dan 'berfoya-foya' bersama rakan sebaya. itu bererti, mereka yang ingin bernikah muda ini sudah terlepas dari salah satu hasutan syaitan dan terselamat daripada dendam makhluk Allah yang di laknat ini. dalam al-Quran juga ada dicatatkan bahawa syaitan berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehinggalah hari kiamat dan cinta adalah salah satu fitnahnya. benar cinta itu tidak salah. apabila salah dasar percintaan itu, bila tersasar laluannya dan terbelok cara pimpinnya, di situlah bermula dosa. dan bukan cinta itu yang berdosa, tapi kita yang dilamun cinta inilah yang berdosa.

kembali..
jadi, apabila kurang berkemampuan, banyak hal yang membataskan dan nikah gantung menjadi pilihan, itu amat digalakkan. daripada jalan berpimpin tangan, berpelukan, bermesej yang tidak bertujuan tanpa ada ikatan, lebih baik dikahwinkan! daripada berhubungan tanpa iman, lebih baik menjadi suami isteri yang saling menguatkan iman, bukan? islam itu tidak memberatkan, tetapi islam lah pemudah cara, penyelesaian pada setiap permasalahan, tinggal kita saja nak ikut atau tidak.

tetapi, kadang-kadang masalahnya adalah di pihak ibu bapa. mungkin ada ibu bapa yang berfikiran terbuka menerima kehendak anak-anak untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar. bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang pengetahuan agamanya? ataupun tinggi, tapi sengaja 'dipendekkan'. kepada ibu bapa sekalian, anak-anak mempunyai hak untuk melaksanakan setiap yang menjadi fitrah dilaksanakan oleh sekalian manusia. perasaan untuk bernikah itu adalah fitrah yang bernama manusia. sebagai ibu bapa, anda bukan sahaja perlu memberikan hak pendidikan kepada mereka, tetapi bertanggungjawab juga memberikan hak untuk mereka bernikah apabila mereka sudah bersedia dan bertemu jodoh mereka. lagi pula, menjadi kesalahan ibu bapa apabila sengaja membiarkan anak-anak berhubungan dengan ajnabi tanpa ada batasan. kerana soal hati dan perasaan bukanlah soal yang boleh dikecilkan, soal nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh diremehkan. apabila seorang anak gadis meminta untuk dinikahkan jangan dipandang enteng. mengelak daripada berlakunya zina besar bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam era yang serba moden ini dan banyak pula pengaruh tidak baik menjadi ancaman. jadi, andai nikah gantung mampu dilaksanakan, tidak salah ditunaikan.

akhir kalam, semoga kita terselamat daripada segala perkara munkar. selamat menjalani bahtera rumah tanggalah kepada sesiapa yang mahu berkahwin. selamat berbahagia sehingga ke syurga, moga terpelihara dalam redhaNya dan tenang dalam pelukan cintaNya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. H.R tarmidzi-

nota kaki:tak fikirlah cik adik!

p/s:esok exam, study please..