Thursday, October 14, 2010

sesat pula..

assalamualaiku..
sebelum nie pengsan dan kali nie sesat..bukan saja sesat bahkan HILANG!!!*gerun*
ambil bas dari gamaah ke asyir..bas sangat kali nie sangat bermurah hati ya..cuma nus saja..itu adalah berita yang sangat menggembirakan dan bahagia..wee~~
tapi, bas hijau yang menjadi tanda mesir (pandai2) tu sangat sangat sangat sangat...penuh dengan lelaki..memangla sebelum nie pun lelaki akan terlanjur banyak, tapi kali ni, sangat (sila ulang) BANYAK!!! terkejut gorilla kot tengok keadaan tu..nasib baik la muka aku cam adorable (atil sila la jeles) kan, seorang pemuda arab dengan baik hati bagi tempat duduk kat aku..kawan2 yang lain semangat ye menahan kelenguhan buntut dan kaki anda!*evil laugh*
waktu nak duduk perasan seorang pemuda indon nie, seat belakang aku..dalam hati 'asal beliau nie macam tak mesra alam je??'*hati jahat*
hati aku memang sedikit jahat..aku pun duduk je..peduli apa kan..
lepas tu, bas lalu jalan lain..haha (alia terutamanya) gubra sudah!!!aku macam biasa, masih tenang menjiwang karatkan hati ke luar tingkap..
tiba2 bas berhenti..semua orang dah turun..risau dowh..even mamat(sekarang ustaz) indon tu cakap "sini yang terakhir," (waktu tu, aku rasa berdosa je sama beliaukan..hati nie memang la nak kene..)ah, kacau kami..macam tak ada dalam ingatan je tempat nie..
aku dan kawan2 pun turun la jugak..lepas tu macam tak tahu dah mana nak melangkah..
yang best, ustaz indon (dah seberang jalan) tu dengan baik hati, patah balik untuk membantu..
kawan2 aku yang lain semua macam malu2 gedik (ayat tipu) je..aku pun tanya kat ustaz tu..
"jalan nak g asyir mana ye?" *sopan*
ustaz tu pun tunjuk la jalan, tapi sebab ustaz tu baik hati dia tolong bawakkan kami..
tapi, aku macam kesian je dekat ustaz tu jalan jauh2 semata2 untuk kami..alia pon soh la aku cakap kat ustaz..disebabkan hati nurani aku bersih*amin*...
"ustaz, ustaz nak ke mana?"
"musolla"
"tak apalah ustaz..jalan ke asyir straight nie je kan?"
"ya ya..jalan terus aja kemudian ke kiri,"
"ha tak apa kami pergi sendiri..terima kasih,"
"ya sama2,"
aku dan gang teruskan perjalanan..tiba2 kak milah pula buat gempar...
"mana zatil?" aku dan alia serentak menoleh ke belakang..serius atil tak ada..kak milah dengan alia bukan main cemas la kan..aku pun cemas juga, tapi hati aku tak rasa yang benda2 yang merepek2 berlaku..aku pun berjalan mencari zatil selepas alia tak berjaya..
tak sangka pula ustaz indon tu perasan...terus beliau tanya pada aku..
"tadinya berempat kan?"
"haah, tapi seorang lagi hilang,"
"baru ya di sini?"
"erm,,3minggu,"
"sudah cari di kedai?"
"dah, tak ada juga,"
"kalau di talifon?"
"boleh, tapi dia tak buka no. mesir, dia pakai no malaysia,"
"ngak apa2,"
"no saya tak ada kredit dah,"
dengan begitu baik hati tahap cair (sila rujuk kawan aku) la, ustaz tu menghulurkan handset beliau..baru je nak telefon, tiba2 kak milah buat gempoak sekali lagi..
"zatil!!!"
aku dengan ustaz indon tu terus memandang..
hai, budak nie main aci nyorok ke..handset dipulangkan kepada ustaz tu..aku dengan penuh rasa bersalah dan segan nye minta maaf dari ustaz indon tu sebab tak pasal2 dia pening sebab kami..
anyway, ustaz indon tersebut memang sangat baik dan prihatin sebenarnya..tidak sama dengan pemuda2 yang aku jumpa di hussein..
terima kasih banyak2 dan minta maaf denga lebih banyak lagi pak ustad!!!


p/s:pak cik bakso, anak pak cik bakso, ustaz indon, ustazah indon..alia cakap aku serasi dengan indon..haha..suke2

Tuesday, October 12, 2010

PENGSAN!!!

assalamualaikum..
hari nie keluar agak lewat ke kuliah..tapi waktu sampai tu, kelas memang masih kosong..dan sedikit terkejut ya kerana anis and the gang awal dari biasa..weeweee..
kuliah pertama anatomy..best2..
disebabkan pagi masih muda remaja, aku sangatlah fokus dan semangat..
tapi beberapa jam kemudian, tiba2 kepala aku jadi melayang..pandangan gelap dan tidak semena2 buumm jatuh ke bawah..
yang aku dengar hanyalah kawan ku disebelah..
"excuse me proff, someones fainting,"
dengan penuh relaks proff datang ke arahku dan memberikan rawatan kecemasan..
aku terjaga tapi masih lagi2 separuh sedar..aku tetap juga mendengar kuliah kerana semangatku masih ditahap highest level..silalah berbangga!!
kuliah anatomy dua jam diganti dengan kuliah physiology..
dr. laila memang seorang proff yang sangat bersemangat dalam apa jua hal..
sekali lagi, pandanganku berpinar2 tanpa sebab dan kejadian sama berlaku lagi..aku terjatuh ke bawah..
dr. laila pula memberikan rawatan susulan..setelah sedar,beliau memberikan kata2 semangat untuk(nasihat) semua pelajar supaya mengambil sarapan sebelum ke kuliah..
ha, dukturah macam faham jer, disebbkan nak kejar trenco punya pasal, harap bancuh air jer, minum idok juge..wee2..
kerana tidak tahan, aku mengambil langkah bijak untuk pulang ke rumah sewa waktu kuliah biochemistry..yey balik awal!!*lompat ribena*
terima kasih kepada semua kawan2 yang sudah membantu aku dan maafkan aku kerana susahkan semua orang..

PERHATIAN:kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada seorang pelajar. tetapi, pelajar tersebut bukanlah penulis blog.beliau yang dimaksudkan adalah seseorang yang mempunyai nama yang sama dengan aku..mari berdoa semoga kita diberi kesihatan yang baik dan sejahtera hendaknya..aku hanyalah seorang pemerhati dan belajar sikit2 dari dukturah..weeweee


p/s:asma(kawan arab) bagi mesej arabic, ciyes tak paham beb! tolg translate..

Saturday, October 9, 2010

Assalamualaikum..
kalau ikutkan hati, masih malas lagi untuk mencoretkan sesuatu dekat suka suki suku nie..tapi sebab kawan2 dah tanya mana aku menghilang termasuklah kakak ku yang bertanya seolah2 aku dah bertahun tak update, makanya, aura rajin pun segera tiba lah kan..
patut ke aku nak cerita benda yang akan aku cerita nie, aku pun tak tahu..kalau rasa nak baca silakan..kalau tak nak boleh blah sekarang ye anak2..wee~~
pada hari jumaat lepas bimakna semalam, aku berdua dengan kawan aku alia (bila saya tulis dua, itu bermaksud memang dua) telah ke hussein untuk membeli sedikit keperluan(macam ayat budak sekolah sikit kan??)..
geram betul dengan atil..jenuh pujuk suroh ikut, dia tetap tidak mau..degil budak tu..hee2..
last2 dia yang menyesal sebab memang best ye..padan muka atil n?!haha..
sori atil, silalah jangan ambil hati..t sblom blik mesia kita pergi sama2 ok??ala bucuk2..
sebenarnya agak risau sedikit ye, sebab kami baru berapa minggu kot dekat tanah mesir nie, tapi pandai2 je keluar tanpa mushrif..berdua saja pula tu..dan lebih mengejutkan ye, sebab hanya kamilah warga asia di hussein (itu maksudnya sudah sangat risau la)..
kemudian tersesat jalan..
alia:imah tanya orang arab tu..
imah: no3,,t dia tau kita sesat..bahaya tue..
then terus berjalan lagi..hi2..mesti mak dan ayah saya sedang marah sebab anak wanita mereka sangat nakal..
"mom, dad, i'm safe..wee' *senyum ngada*
selepas mendapatkan kurma dan alas meja dan beg sebiji kami bercadang untuk pulang (kalau tak cadang pun, tetap harus pulang!)..
waktu tu azan jumaat sudah berkumandang dengan lazatnya..nie nak cerita..
pemandangan yang sangat aneh(pada aku) bila saja azan, terus para peniaga usung keluar tikar dan membentangkan di hadapan kedai dan juga sapu sampah dengan begitu laju sekali....bayangkan*pejam*
lorong di kedai2 tu sangat sempit dan basah dan banyak barang niaga, dan pak arab semua kalut macam perang dan ia sangat menakutkan..padahal mereka cuma nak duduk dan menanti solat jumaat..imam belum sujud lagi..
lepas tu, aku dan alia pergi ke stesen bas..masalah pula bila kami tak tahu nak naik bas apa..
then, tanya driver sorang nie, dia kata belah kanan..pergi belah kanan tanya sorang mar ah nie, dia kata sebelah kiri *pening*..
kami pun seberang jalan..ternampak dua orang pemuda melayu nie, dengan lebaik putik dan baju melayu tu, aku rasa ustaz la kot..suruh alia tumpang tanya beliau(ustaz), alia pula malu2 kucing(budget kan??)haha..alia pulak suruh aku, lagi la sejuta kali malu..aku pun mencadangkan untuk osom (osom tu sejenis...)..di sebabkan tahap keteroran aku dalam bidang osom nie sangat tinggi, aku menang dengan mudahnya..so, alia terpaksa la menahan malu..*wink 2kali*
tetapi tetapi tetapi, ustaz berdua tu dah selamat duduk dalam bas!!! *kecewa tak main2*
aku dan alia pun berjalan dengan perasaan sedihnya..dalam hati..
'ustad nie kan, tak prihatin terhadap wnita btol.."ngehhee..
mujur ada pak arab tu macam baik hati tanya aku "fiin??"
aku pun dengan muka ala2 sedih+comel (perasan jap) jwab dengan semangat "asyirrr" dan keterujaan aku menjawab menyebabkan pak arab tu terkejut dan pak arab tu pun jawab "henak2" *tunjuk bas depan*..
sementara tu pula, mar ah yang kami tanya tadi pun panggil kami jugak..haha, rupanya dia usha kami..weewee..(mungkinkah mar ah tu tengok kami osom??)..malu nyer..
kemudian naik bas dengan selamat..tambang juga sangat murah yer..
lepas pulang harith(doktor yang nak wakilkan mushrif-yang-tak-sampai2) kol bertanya kan kami..ha, terkejut brok dia tau kami pergi dan pulang dengan selamat..huhu..
sampai di rumah dalam keadaan yang sangat kecapekyan..
kak mus datang melawat..beliau juga sangat terkejut dengan keberanian aku sama alia..*peace*

p/s:minggu tak tahu nak ke mansoura, tak nak pakai mushrif buleh ke?? *sengih*