Monday, August 29, 2011
salam perantauan
*tears*.
lied.no tears seriously!
haha,, a few days left for aidilfitri. maybe tomorrow or day after tomorrow and still i don't feel the excitement.saya rasa bulan macam tu juga that's why it doesn't show.and seems it doesn't want to show its so pretty nice face and light. saya telefon keluarga saya tadi dan mak saya sedang demam. semoga mak cepat sembuh. 'Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada ibuku'. and mom said : don't be sad on pagi raya. although we are far apart, you are in our heart.
i nearly cried.of course la. is there anyone who doesn't touched hearing that line?? i bet no!
this is my first time experience raya so far away from my family. before this, i already home a week before raya. tapi sekarang, even if it is fated that today is raya day, saya still melangut sendiri and i just like..i want to cry..no3.
especially to my beloved family, happy aidilfitri and have a nice gathering people. mak, ayah, kakak2 adik2 opah atok and everyone, please forgive me for the things i did wrong and forgive my impolite words and acts. semoga dirahmati Allah selalu.
to all who read this, selamat hari raya maaf zahir dan batin dari lubu hatiku yang paling dalam saya meminta maaf andai tersalah kata tertpo dan segalanya yang tidak menyenagkan hati.
kullu 'am wa antum bikhoir' insyaallah..
*menerbangkan kasih sayang khas dari bumi anbia*
nota kaki:jangan sedih di pagi raya
p/s:makan2 tu sila ingat saya di sini.
Saturday, August 27, 2011
contest aku berpuisi-untukmu palestin
ini entry khas sempena contest yang saya masuk nie..silalah hayati puisi tak seberapa nieh..
Darah palestina
Tumpahnya tiada berdosa
Peluh palestina
Titisnya tidak tercela
Air mata palestina
Mengalirnya tiada terhina
Biarpun dicelahan kotamu bersalut duka
Berselimut dalam debu yang penuh derita
Siangmu hanya disinar mentari kepayahan
Malammu dihias bintang yang meresahkan
Menanti kapankah datangnya kemerdekaan
Menunggu saat hadirnya kebahagian.
Namun
Angin keganasan yahudi tidak memutus harapanmu
Taufan kejahatan israel tidak meruntuh kekuatanmu
Bahkan, secalit luka itu menambah kental jiwamu
Memarak api semangat anak mudamu
Meniupkan kedegilan pada hati anak kecilmu
Untuk tetap teguh, tabah, dan tegar menjaga isimu
Biar gegaran bom itu meruntuh tembok-tembok sepi
Hati anak-anakmu tetap utuh tak pernah rapuh
Meski bedilan-bedilan itu meragut nyawa tidak berdosa
Meski iblis-iblis itu merenggut maruahmu seenak dusta mereka
Anak-anakmu tidak pernah diam membiar lara bermaharajalela.
Bumi palestina
Penuh ratapan dan tangisan
Penuh duka dari gembira
Banyak manusia sudah berduka
Banyak anggota sudah terluka
Wahai saudaraku
Cukupkah sekadar matamu melihat ?
Cukupkah sekadar telingamu mendengar?
Cukupkah sekadar lidahmu berbicara?
Sudahlah menjadi orang buta
Berhentilah kau menjadi tuli
Sekarang saatnya kalian bergema
Ayuhlah
Ayuhlah
Ayuhlah
Bersama kembali menggenggam azam
Membina kukuh sebuah perbarisan
Melangkah seiring menuju perjuangan
Menghapus sisa-sisa kezaliman
Melahirkan indah sebuah keamanan dan kedaulatan.
nukilan:
mawar.
sabtu,27ogos2011, 3.42p.m waktu mesir
Firman Allah:
Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Nota kaki: nak tag nadiaa, dye, mek dijah
Nota kaki lagi:Kenapa orang susah sangat nak boikot? Boikotlah2.
p/s:mari boikot barang2 boikot beramai..biar israel dan yahudi pula merana.yeah2!
berharap pada Allah,,siapa kata rugi??
...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan keputusan bagi setiap sesuatu.
Surah at-Talaq 65:2-3
Saya ingin membawakan anda kisah saya. Kisah saya tidaklah sehebat kisah hamba yang lain, tetapi kejadian ini cukup memberikan pengajaran buat saya dan cukup membuatkan saya berusaha dan cuba sebaiknya untuk memperbaiki taqarrub saya dengan Allah yang telah memberikan segala nikmatNya kepada saya dan kita yang tidak terkira. Nikmat yang bukan sedikit dan bukan kecil.
Beberapa hari lepas saya sudahpun mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun pertama saya. Saya bergerak ke kuliah banat dari rumah perak bersama rakan dan perjalanannya mendebarkan (oh tipu, saya berdebar bila sampai ke kuliah bukan dalam perjalanan). Sambil berjalan mulut saya berzikir dan akal saya tidak pula berhenti berfikir. Dipendekkan cerita, kami bertemu dengan Hani dan Afaf yang juga berhasrat untuk mengetahui keputusan (apalagilah nak dibuat cuti-cuti nie). Akhirnya, berjumpalah dengan senarai pelajar-pelajar perubatan tahun pertama. Saya cepat-cepat mencari nama saya dan sungguh saya sangat terkejut hampir mengalirkan air mata. Segera saya memeluk Hani di sebelah. Hani pelik agaknya kenapa saya gembira sangat padahal keputusan saya tidak sebagus si dia yang berada di kedudukan pertama.
Sejujurnya, bukan kerana keputusan yang membuatkan saya terharu nak menangis tetapi betapa hebatnya kuasa Allah yang segala takdir dan keputusan adalah di tanganNya. Subhanallah subhanallah subhanallah. Saat saya mengimbau kembali kesalahan yang saya lakukan dalam peperiksaan biochem (saya terharu subjek nie sebenarnya), tiada lain yang terlintas di fikiran saya melainkan betapa besarnya Sang Pencipta. Sungguh besar. Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. kisahnya begini...
Hari itu peperiksaan x (hari sebelumnya biochemistry). Seperti biasa, dukturah-dukturah memberikan arahan dan mengucapkan selamat. Tiba-tiba masuk seorang dukturah.
“I remind you not to write your name in the answer sheet. If not, your paper will be rejected ok. There is person who did that yesterday. Again, write your name on the front page only not here. ok ?” sambil dukturah mengangkat kertas jawapan seorang pelajar dan menyelak di halaman dalam. Pen saya terhempas ke atas meja(bukan pen, tangan yang sedang memegang pen). Waktu itu soalan sudah mula diedarkan. Ya, seperti yang anda bayangkan, saya melakukan kesalahan besar itu dalam kertas biochem saya sebab sangka saya perlu menulis nama di dalam. Dan mungkin saja orang yang dimaksudkan dukturah itu adalah saya. memandangkan saya masih ada beberapa peperiksaan lagi, saya cuba menenangkan jiwa. Mujurlah Allah memberikan saya ketenangan itu. Tetapi usai saja peperiksaan, saya hanya terdiam sepi. Hanya dua orang saja yang tahu kisah saya tu kerana saya takut untuk menceritakannya. Dengan kejadian itu, setiap kali berdoa saya memohon keampunan daripada Allah dan saya juga meminta Allah untuk menghijab mata dukturah dari melihat kesalahan saya itu dan menimbulkan rasa kasihan di hati dukturah kepada saya. waktu itu, tiada yang lebih saya harapkan melainkan pertolongan Allah.
Syukur, doa saya didengari oleh Allah dan saya seperti tidak tahu apakah yang harus saya lakukan lagi untuk menunjukkan kesyukuran saya walaupun sangat banyak caranya. Memang, saya agak sedih melihat kawan-kawan lain lebih berjaya daripada saya tetapi perasaan syukur memujuk hati saya. biarlah mereka mengatakan saya ni pelik kerana gembira dengan kejayaan yang tak seberapa itu, asalkan Allah melihat kesyukuran saya itu sudah cukup bagi saya kerana saya tidak mahu dilabelkan Allah hambaNya yang sombong dan pelupa. Tidak ada yang mahu dicop begitu oleh Allah, bukan?
Pengajaran yang ingin saya highlightkan di sini ialah, apa pun yang anda lakukan, semacam apapun usaha anda kembalilah kepada Allah. Memang ada manusia yang berkuasa atas manusia lain. Tetapi ingatlah, Allah jauh lebih berkuasa daripada mereka. Percayalah kepada kuasaNya. Percayalah kepada keajaibanNya. Kita ini adalah milikNya jadi Dialah yang berhak menentukan segalanya dalam hidup kita. Juga, kerana dialah yang menciptakan kita, kepadaNya lah kita memohon bantuan dan pertolongan, petunjuk dan jalan, panduan dan pedoman, sandaran dan harapan. Marilah kita bersama-sama menjadi hamba yang tidak pernah berhenti berharap kepada rahmat dan pertolongan penciptanya. Semoga terpilih berada dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah:
Ingatlah ketika tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “berserah dirilah!” Dia menjawab, “Aku berserah diri kepada tuhan seluruh alam”.
Al-Baqarah 2:131
Nota kaki: nak minta doakan saya agar sampai ke gaza boleh?? *peace* nak3
Nota kaki lagi:doakan juga supaya dapat siapkan karya saya.wee~~
p/s:janganlah berputus asa dari rahmat Allah.
Friday, August 26, 2011
puisi buat kekasih..
Ramadan,
Lama daku menanti hadirmu,
Senyum daku menyambut kedatanganmu,
Tenang hatiku saat engkau bertamu,
Seperti ingin kulanjutkan usiamu,
Seperti ingin kutahan waktu berlalu,
Namun, apalah daya insan kerdil ini,
Apalah upaya seorang hamba kecil ini,
Telah tertulis dalam kitabNya,
Telah tercatat pada kalamNya,
Telah termaktub pada ayatNya.
Menangis naluriku menghantar kepergianmu,
Tersentuh jiwaku menanti pengakhiranmu,
Entah kapan dapat ku bersua lagi,
Denganmu wahai ramadan kareem.
Syawal,
Kehadiranmu kusyukuri,
Memberikan kegembiraan pada hati yang beriman,
Tanda kemenangan orang yang bertaqwa,
Hadiah dari tuhan untuk hambaNya yang patuh,
Sebelum ketibaan hadiah yang lebih bermakna di akhirat.
Moga hadirmu memberi nafas baru,
Mengetuk pintu keinsafan,
Memberi ruang kepada fitrah,
Untuk kembali kepada asalnya.
Selamat datang syawal yang dirai.
Bagi orang-orang yang berpuasa itu terdapat dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan menyambut aidilfitri dan yang kedua, kegembiraan bertemu tuhannya di apdang mahsyar.
Semoga ibadah puasa dan semua ibadah kita di bulan puasa diterima oleh Allah dan dicatat sebagai amalan kebaikan yang ikhlas. Ayuh. Belum terlambat untuk mengejar lailatul qadar.
Nota kaki:semoga mendapat umrah mabrur kepada rakan-rakan yang sedang menjalani ibadah umrah.
Nota kaki:semoga terdidik kesabaran kita di bulan ramadan ini.
p/s:jangan sibuk buat kuih saja. Ramadan belum habis. Weee~~~
Wednesday, August 17, 2011
KE ARAH BLOG YANG LEBIH MATANG
Sabda nabi: sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..
nota kaki:melihat dunia dari sudut pandang yang lebih luas itu lebih baik dan lebih menyeronokkan sebenarnya.
p/s: mari menuju kejayaan.
Sunday, August 14, 2011
solat tasbih
Assalamualaikum..
11 Ramadan 1432- kami (aku dan kawan) seperti biasa mengikuti kelas pengajian Sheikh Nuruddin. Beliau ni merupakan seorang ahli agama daripada Indonesia dan pernah belajar di sini (Mesir), dan beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah di Kedah. Kata satu sumber kepada aku.
Tarikh 11 Ramadan tu aktivitinya lain sikit. Di samping pengajian kitab tafaqquh fiddin, ada buat solat sunat tasbih. Yah, mesti ada yang wow, solat sunat tasbih?? Waktu aku dengar ada solat tasbih pun aku macam terketuk juga dan rasa macam ‘Ya Allah benarkanlah aku untuk tak buat’. Haha. Sebabnya aku pernah buat solat tasbih dekat asrama waktu tingkatan satu. Serius cakap, sangat mengantuk. Kemudian aku pun terfikir lagi ‘apa salahnya aku buat solat tasbih lagi bagi menggantikan solat tasbih aku yang entah apa-apa dulu’. Dan kemudian aku mengikhlaskan hati tunduk ruku’ sujud kepada Allah yang Maha Suci dan Maha Murni. The only word i can say is RELAX. Betul, solat tasbih diimamkan Sheikh Nuruddin malam tu sangat relaks. Rasa macam nak buat lagi pun ada. Sampaikan aku cakap dekat roomate aku “kak ta, kami tak tahu la apa yang menyebabkan kami solat waktu form 1 tu sangat panjang, dan letih dan mengantuk. Tapi hari tu (11 ramadan) relaks je buat. Dan rasa nak buat lagi. Insyaallah”. Sampai roomate aku pun terpanggil-panggil nak buat juga.
Ok, solat sunat tasbih merupakan solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W kepada ayah saudara baginda Abbas bin Abd Mutalib. Fadilat solat ini adalah, Allah akan mengampunkan dosa orang yang menunaikannya tidak kira apa bentuk dosanya (diriwayatkan dalam hadis oleh Abu Daud dan Ibnu Majah). Kecuali syiriklah. Ada ke orang yang syirik solat?? Solat tasbih boleh dilakukan waktu siang atau malam. Kalau kita nak buat malam, 4 rakaat dengan satu salam kalau malam pula 4 rakaat dua salam. Sudah namanya tasbih, jadi solat sunat tasbih mengandungi 300 tasbih secara keseluruhannya.
Zikir dalam solat sunat tasbih ialah:
سبØان الله والØمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا Øول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Kalau tak mampu buat setiap hari, sekali seminggu, tak mampu juga sekali sebulan, tak mampu lagi sekali tahun, kalau tak boleh juga sekali seumur hidup. Kurang pasti ini adalah hadis atau kata-kata dari alim ulama’. Aku curi ayat daripada roomate aku. Jadi, marilah kita sama-sama sekurang-kurangnya sekali seumur hidup melakukan solat sunat tasbih. Semoga dosa kita diampunkan oleh Allah yang maha pengampun. Sementara kita masih di madrasah ramadan, tidak rugi jika kita mengambil peluang untuk menambah ibadah dan pahala. Semoga kita mendapat rahmat dan barakahNya. Mari mencari cinta Illahi dan mengejar syurga abadi. Fight-oh!
Nota kaki:semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahnya.
p/s: jangan lupa solat tau?!
Tuesday, August 9, 2011
title untitle..
Assalamualaikum
Sudah berapa lama aku tak beraksi di sini? Musim panas pertama di Mesir memang menyebabkan aku sibuk ke sana ke mari sampaikan rasa kalau tak sibuk tu bukan aku la tu. Baru-baru nie pun baru saja habis mengikuti tamrin anjuran ABIM bertemakan Melahirkan Generasi Pemimpin Dai’e Muda. Lebih kurang gitulah. Tak berapa nak ingat sangat. Keseluruhannya bestlah programnya. Banyak input yang aku dapat. Semoga dapat aku gunakan sebagai panduan untuk menjadi dai’e yang berkemimpinan di masa depan. Ayuh bangun anak muda! Selepas ini, aku akan menyibukkan diri pula dengan kelas bahasa arab dan kalau boleh nak ambil kelas al-quran dan hadis pula. Dah orang bagi kelas free, gunakanlah peluang kan.
Lupa, hari pertama tamrin, aku kehausan nak mati dah walaupun belum sampai 3 hari tak dapat air. Waktu tu pukul 11.30 malam. Dalam hati terniat nak ambil mushrif. Tapi, rasa tapahhape la pula sebab panggil mushrif hanya sebab nak beli air. So, aku pun sendirian la dengan housemate aku. Sangat padan muka kepada kami kerana dikejar oleh seorang ustaz dengan motor besar dia. Hahaha. Aku yang memang dah berlari-lari anak dah waktu tiba-tiba kena pintas dengan ustaz tu. Terkejut beruk la sangat. Terbaik la kena basuh habis-habisan. Yang bengangnya, lepas dia marah-marah tu tak la pula nak teman. Rasa nak pang pun ada.
Pelajar-pelajar uni Ain Syam, Zagazig, kuliah banin semua dah dapat keputusan peperiksaan masing-masing. Kuliah banat je yang belum. Padahal kami la yang paling awal sekali habis. Tapi, tak apa, ada peluang nak berdoa dan berharap lagi. Semoga Allah memebrikan kemudahan dan kejayaan. Kepada kawan-kawan di Ain Syam, Zagazig, banin yang berjaya tahniah aku ucapkan, kepada yang tidak berjaya atau keputusan tidak seperti yang diinginkan tak apa. Redha dan usaha yang lebih baik lagi tahun depan ok?! Yang penting, anda telah berusaha dengan baik. Mungkin itu yang terbaik untuk anda buat masa ini dan mungkin juga amaran daripada Allah supaya anda lebih berusaha. Kawan-kawan yang berjaya tidak seperti yang dijangkakan pula jangan la lupa nak bersujud syukur dan kalau boleh solat sunat syukur terus. Oh, jangan menyombong diri dan bongkak takbur pula. Kejayaan tu juga ujian daripada Allah. Semoga kejayaan anda menjadi titik untuk menambah rasa cinta dan taat kepada Sang Pencipta.
Kepada pelajar kuliah banat, bersabar menahan debaran. Jom kita menadah tangan semoga kejayaan menjadi milik kita semua. Semoga kita semua dapat naik ke tahun yang seterusnya tanpa sebarang masalah. Semoga kita tak perlu mengulang peperiksaan lagi. Semoga semuanyalah. Siapkan diri untuk meredhai dengan setiap keputusan Allah. Siapkan diri juga untuk pertama melafazkan Alhamdulillah kalau keputusan kita baik-baik semuanya. Ameen...
Sabda nabi: Berharaplah kepada Allah. sesungguhnya Allah lebih besar daripada harapanmu itu.
Nota kaki: semoga berjaya kepada aku dan kawan-kawan.
Nota kaki lagi: nak balik Malaysia boleh?hwaa...
p/s: khas untuk mushrif2 sekalian atau yang bukan mushrif. Kalau dah marah sangat dan bengang sangat tengok kami keluar tanpa mushrif, ok, fine nak marah marah la. Tapi, lepas marah tu jadi la mushrif kami. Nie tak, saja-saja gedik nak marah tapi bukannya nak memberikan khidmat pun lepas tu. Apakah? Ingat kami nie saja-saja ke nak keluaar tak bermushrif. Kadang-kadang mushrif sendiri yang buat hala off handset lah apalah. Ada tu, saja buat-buat tak dengar. So, hopefully tak payah la marah kami sia-sia. Itu saja terima kasih!