Tuesday, March 1, 2011

diskriminasi jantina: pro dan kontra

Assalamualaikum..

entry perkongsian kali ini atas permintaan seorang sahabat yang ingin aku berbicara tentang diskriminasi jantina..sebelum pergi jauh, lebih baik kita tahu dulu apa maksud diskriminasi..
diskriminasi secara ringkasnya bermaksud ketidakadilan dalam layanan terhadap individu-individu tertentu. jadi, maksud diskriminasi jantina atau bahasa inggerisnya sex discrimantion (arab tak tahu, sila jangan tanya) bermaksud layanan tidak adil mengikut jantina. pada umumnya, terdapat banyak lagi bahagian-bahagian diskriminasi selain jantina. tetapi, diskriminasi jantina adalah yang jelas dan sering berlaku dan sering diperkatakan. seringkali bagi pihak wanita, isu diskriminasi sangat menyakitkan hati. pada pendapat saya (ok, tiba2 macam formal sangat) sendiri, sepertimana hal-hal lain, diskriminasi jantina juga ada baik dan buruknya.

Walaupun ada berita yang menjelaskan tiada perbezaan sama ada lelaki atau wanita dalam sektor awam (memiliki hak yang sama rata) tetapi masih ada desas-desus yang mengatakan kaum hawa sering ditindas dari segi gaji dan kenaikan pangkat (kebenarannya tidak diketahui, masih perlu diselidiki). ini memberikan kesan yang tidak baik kepada pihak wanita kerana mereka tidak dapat bersaing secara sihat dan menjadikan mereka tidak progressif dan lebih teruk mungkin berada di tahap yang serupa untuk tempoh yang lama.
begitu juga, diskriminasi jantina memperlihatkan kaum wanita menjadi hamba seks kepada kaum berlainan jantina. apa yang membimbangkan, PIHAK WANITA ITU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI YANG GANGGUAN SEKSUAL ADALAH SATU BENTUK DISKRIMINASI terhadap mereka. bahkan yang pelik dan anehnya, ada dikalangan mereka yang sengaja 'mendiskriminasikan' diri sendiri tanpa memikirkan harga diri dan maruah yang perlu dijaga.
kebodohan inilah yang membuatkan saya (kenapa mesti saya?) terfikir, mengapa wanita sering menyuarakan hak mereka dalam kerja tetapi tidak pula mempertahankan harga diri sebagai seorang hawa yang tinggi nilainya?

harus diingat, ada juga kebaikan disebalik diskriminasi jantina ini. kenapa saya tulis (sila baca 'cakap') macam ni? kerana diskriminasi jantina menjadikan seseorang wanita itu lebih terjaga dan dilindungi berdasarkan kemampuan mereka. contohnya begini, biasanya dalam tawaran kerja (merujuk kelindan/pemandu lori), syarat yang pertama adalah lelaki. mungkin (sila stress mungkin) ada dikalangan wanita yang mengatakan 'apasal lelaki saja?ingat perempuan tak boleh?'. memanglah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. kalau nak inshaallah dapat. tetapi situasinya, memandu lori bukanlah perkara yang mudah untuk seorang wanita (rasanya, sebab aku tak berminat) apatah lagi jika lori itu bukan sekadar tayar empat tapi bertayar-tayar. tambah, jika perlu memandu perjalanan jauh yang mengambil masa yang berjam-jam lamanya. bukankan itu suatu hal yang agak sulit? bukan nak kata wanita nie lemah lembik, saya pun wanita juga. tapi, masih ada yang secocok dengan kita, jaga tadika ke?
saya pernah terdengar omelan daripada seorang sahabat yang baik dengan saya yang tidak bersetuju apabila pelajar perempuan perlu duduk di belakang sementara pelajar lelaki di hadapan. boelh tak kalau saya nak cakap ini juga satu diskriminasi. kerana pada pandangan saya, lelaki atau perempuan hak untuk mendapatkan ilmu itu adalah sama. kenapa tidak menggunakan konsep siapa cepat dia dapat? kalau sistem ini (lelaki di depan) digunakan, payah lah unutk pelajar perempuan yang beria-ria datang awal ke kuliah tapi terpaksa duduk di belakang, tapi pelajar lelaki pula senang-senang hati datang lewat masih berada di depan skrin. jadi, saya rasa, elok kiranya pendekatan pat pat siku lipat digunakan kerana sama-sama dalam proses menuntut ilmu.

tiada kesimpulan. nak cakap, ini cuma sekadar pendapat seorang hamba ALLAH. jadi, tidak perlulah nak melenting. kalau tak setuju sila hantar email atau apa-apalah. tetapi, biarlah yang nampak bermanfaat sedikit sebanyak.hehe..semoga, ada manfaatnya entry kali ini. kepada kaum wanita jaga diri halusi peribadi..bashaa!!!

nota kaki:aku perlukan buku...
nota kaki lagi:akhirnya sudah boleh bukak buku.

p/s:jangan pening!

2 comments: