Saturday, February 12, 2011

Dalam Musibah ada Hikmah..

Assalamualaikum..

-jeles tengok kawan2 semua dah update blog masing2. jadi, cuba juga cari mood baik-

Alhamdulillah, aku sudah selamat berada di Malaysia atau nama lamanya Tanah Melayu.. yeah lebih bahagia sekali dah ada kat rumah pun. walaupun pada dasarnya belum bersedia nak tinggalkan tanah Mesir akhirnya aku menjejakkan kaki di Malaysia jam 10 a.m waktu Malaysia (time flight landing)..yihoo!!!
Siapa yang tengok tv atau baca paper atau at least dengar cerita tahu lah apa yang terjadi di Mesir. Bila aku fikir2 balik memang benci gila HM tuh.segala perancangan untuk winter break aku spoil semuanya. jangan nak kata Hurgada, nak pergi ramsis ambil bas pun tak boleh! mahu tak tension?!
lepas tu, lepas peluang nak tengok anak Kak Yong yang baru lahir tu. baru rancang nak pergi tiba2 berita duduk rumah diam2 tak boleh nak keluar dah. even baju baby pun aku dah beli..so sekarang siapa pula nak pakai baju tu?(siapa beranak cepat bagi tahu)
Disebabkan kawasan asyir memang sedikit merbahaya dan telinga aku pun tak larat tahan dengar bunyi tembak-menembak, dipendekkan cerita aku berpindah ke rumah perak. wow3, sudah ramai rupanya yang evacuate dulu dari aku..
Dan di rumah Perak, rupanya ada sinar(cam poyo) buat aku. kak Zahidah yang baik hati sentiasa memberi tazkirah, solat jemaah ramai2 baca yasin pun ramai2 owh, sungguh indah suasana tu. Sehinggalah berita kami akan dikeluarkan dari Mesir secepatnya. sedih siot. aku merupakan antara kumpulan pertama yang akan terbang ke jeddah sebelum ke Malaysia.
ok, bukan nak cerita perjalanan yang sulit nie, tapi kisah di sebaliknya. disebabkan itu, aku berterima kasihlah kepada sesiapa yang terlibat dalam rusuhan di Mesir nie. sebab kalau tak ada rusuhan, aku mesti tak singgah rumah perak jadi tak dapatlah dengar tazkirah. pun, aku tak lah balik Malaysia dan tak jumpa mak dan ayah yang sudah lama tak dihubungi. juga tak lah aku jumpa fathi yang comel tu.bukan tu saja, tak lah aku kenal sebegitu ramai orang. yeah2, sangat seronok dapat berkenalan dengan manusia lain.ada keindahan di situ.menjalinkan ukhwah yang merupakan elemen penting membangunkan Islam. jadi siapa kata rusuhan tak best?(soalan gila). sebetulnya rusuhan memang tak best.meragut nyawa orang tak berdosa. mengganggu perjalanan manusia. dan bila dah tak best banyak lah katanya. bermacam omelannya. kadang2 sampai kita menyalahkan tuhan yang menjadikan begitu. bukankah yang buruk itu juga dari Allah tapi tersembunyi kebaikan di sebaliknya. justeru, lihatlah yang manis2 sebab kalau kita fikir yang jahat2 memang hati kita nie jadi jahat dan nak cakap pun yang jahat2.walaupun rusuhan tu 'memakan' segala program kita, kita ada yang lagi baik dari itu.tapi3, mari berdoa supaya tak jadi perkara macam tu lagi. kalau tak, bila yang aku nak habis belajarnya?!!hehe
yang penting, kita semua dah selamat menempuh jalan yang panjang nie.bravo kepada semua yang menghadapi suka duka hidup nie.macam nie la pejuang..

nota kaki:terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam ops piramid secara langsung atau tak langsung.
nota kaki lagi:akan kembali 26Feb2011
nota kaki lagi lagi:dekat Mesir, tak tau pula bila nak balik..

p/s:kawan2, mari bersemangat semula..bashaa!!!


No comments:

Post a Comment